Blogger Layouts

eRti "S" DalAm HiDuP kU...

Sejarah tercipta dalam hidupku pada tahun baru dimana destinasi cinta yang ku cari telah kutemui.. 1.1.2012 akan ku abadikan dalam diri ini dan akan aku dambarkan kenangan tersebut.. 
Akan aku semai huruf ”S” dalam diri ku untuk tahun baru ini.... Knp aku mesti memilih huruf “S”??? Kalau nak tahu, aku dan dia pakai baju berhuruf “S” untuk SUPERMAN..hehehe.. Kalau difikirkan “S” ni untuk apa ek.. Bila fikir balik barulah idea n nurkilan yang x seberapa tercipta untuk huruf “S”.. Bagi akulah huruf “S” ni adalah untuk perkataan:


Nilah bajunyer..:)


S=Saya
S= Sayang &
S= Setia untuk
S= Sidia
S= Selamanya


Walaupun perkataan itu x berapa best.. tp aku jer yang mengerti apakah perasaan ku sekarang untuk sidia…:) Kasih sayang umpama air mengalir sentiasa. Itulah hakikatnya kasih sayang yang subur dihati ku.. Kasih sayang bak bunga ditaman, harus dijaga dan dibaja.. Pastikan ia subur sentiasa agar harumannya dapat dirasai... 


SELAMAT TAHUN BARU 2012...

CinTA SeOranG lELakI UntUk KeKAsiHnYa...

Seorang lelaki yang betul2 mencintai kekasihnya dengan ikhlas. Ego lelaki yang dahulunya tinggi melangit akan menjadi lembut seperti kapas secara tiba2. Bahkan lelaki yang mabuk cinta akan sanggup berkorban dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras mana ego lelaki, namun ia mampu mengalirkan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah seorang wanita mengerti apakah maksud titisan air mata dari lelaki…
Kaum lelaki juga akan sentiasa melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh untuk kekasihnya dengan rela hati untuk memenangi hati kekasihnya. Kaum lelaki yang mendampingi diri wanita bukan untuk suka-suka tetapi atas dasar cinta sebenar terhadap kekasihnya..
Cemburu juga merupakan sikap seorang lelaki terhadap insan yang dicintainya. Cemburu bermakna bagi seorang lelaki kerana ia terlalu menyayangi kekasihnya.. ia bukan bermaksud ingin mengongkong kebebasan kekasihnya tetapi lelaki tersebut ingin mengambil berat setiap perkara yang dilakukan oleh kekasihnya..
Jika hati lelaki sudah menyayangi kekasihnya, macam-macam perkara yang akan difikirkan oleh lelaki termasuklah bimbang akan kehilangan diri wanita yang dicintai. Begitu juga dengan seorang lelaki yang selalu memikirkan dan risaukan kesudahan hubungannya. Lelaki akan berfikir sentiasa untuk menyelamatkan hubungannya dari berakhir begitu sahaja dan berharap hubungannya berakhir ke jinjang pelamin..
Seseorang wanita pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakinya marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau, itu bukan bermakna lelaki ingin mengongkong perjalanan hidup wanita yang dicintainya, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..
Apabila seorang wanita menghadapi masalah dan orang pertama yang datang membantunya adalah teman lelakinya. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Lelaki akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah.
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa. Tiba-tiba lelaki tersebut akan menjadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya lelaki tersebut langsung tidak boleh berjauhan dari kekasihnya dan wanita tersebut tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.
Pengorbanan paling besar untuk menjelaskan lagi betapa lelaki tersebut menyayangi diri kekasihnya apabila lelaki tersebut lebih mementingkan diri kekasihnya berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk kekasihnya. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya….


TeLAh KU teMui CIntA kU...

Kasih hanya untuk mu...

Tarikh yang akan aku ingat sampai bila2 ialah pada 26.10.20**.. Tarikh nilah yang telah menyatukan aku dengan dia.. Sekarang aku serius syg sgt2 kat dia... Aku kenal dia pun sekadar nk tlg dia biasalahkan sebagai senior menolong junior... Sebab mak aku cakap, berbuat baiklah pada org tnpa mengharapkan balasan.. Sejak pertemuan pertama kali itulah aku dapat mengenalinya dengan lebih dekat..Mungkin Tuhan sengaja merancang pertemuan ini untuk aku mengenali dia dengan lebih dekat..(Mudah-mudahan Allah kekalkan hubungan ini.. Amin)..