Blogger Layouts

Kisah Silam..

      Resah dan gelisah ku rasa hidup penuh panca roba melalui roda masa yang pantas berputar. Apabila ku terlena dan terleka hingga tengelam di lautan dunia.  Kabur mata ku apabila mendapat nikmat yang menggunung  sehinggakan melampaui batas seorang insan. Aku merakus nikmat yang diberi hingga melupakan dan dambarkan kesyukuran kepadaNya. Bertapa banyak nikmat yang diberikan dan sedikt rasa syukur dalam diri ini.
 
      Dalam kehidupan didunia, aku sering asyik dan alpa dengan nikmat yang diberikansehinggakan terasa hidup ini banyak dibelenggu dosa. Kisah hidup ini telah menyedarkan aku bahawa bertapa beratnya dosa yang aku lakukan sehinggakan aku tenggelam di dalam arus lautan yang bergelora. Aku sedar bahawa memang sukar untuk mendapatkan kesempurnaan hidup. Dalam menempuhi hidup ini banyak dugaan dan cabaran yang perlu aku lalui. Dalam arus kehidupan duniawi banyak ujian yang melanda sehinggakan ada yang dapat ku gagahi dan ada yang gagal aku tempuhi.  
      Aku yakin bahawa taubat seorang hamba akan terus terbuka hingga hari akhirat. Tuhan akan menerima taubat seorang hambar yang berterusan,  tidak berputus asa dan kesali dengan perbuatan yang dilakukan. Rahmat dariMu aku dambarkan dan keampunan dariMu ku pohonkan. Biarpun ujian yang melanda aku tetap berkasih pada Mu kerna aku percaya Kasih Mu kekal berpanjangan. Aku akan sentiasa mencari keredaanMu dalam mengharungi hidup ini....

Kehidupan dunia....

Senja kembali...
Bila senja tiba
sering ku termenung sendirian
terasa diri ini jauh dari rahmat Tuhan
dosa yang aku lakukan terus bermain difikiran
adakah dosa ini dapat keampunaan...

Gelap rasa dunia ini tanpa ada sinar cahaya Ilahi
baru kusedari jalan yang perlu aku lalui
yang memusnahkan diri ini untuk ke lembah penghinaan
bersama nafsu duniawi..

Dalam kegelapan itu terpancar jalan yang dirahmati
memandu hamba Mu dengan iman
untuk tempuhi dugaan dan cabaran
meinsafi diri dengan keimanan dan kesabaran..


Tunjukkan lah hidayah pada ku
kepada Mu aku memohon
agar hidup ini bersinar kembali..