Blogger Layouts

eRti "S" DalAm HiDuP kU...

Sejarah tercipta dalam hidupku pada tahun baru dimana destinasi cinta yang ku cari telah kutemui.. 1.1.2012 akan ku abadikan dalam diri ini dan akan aku dambarkan kenangan tersebut.. 
Akan aku semai huruf ”S” dalam diri ku untuk tahun baru ini.... Knp aku mesti memilih huruf “S”??? Kalau nak tahu, aku dan dia pakai baju berhuruf “S” untuk SUPERMAN..hehehe.. Kalau difikirkan “S” ni untuk apa ek.. Bila fikir balik barulah idea n nurkilan yang x seberapa tercipta untuk huruf “S”.. Bagi akulah huruf “S” ni adalah untuk perkataan:


Nilah bajunyer..:)


S=Saya
S= Sayang &
S= Setia untuk
S= Sidia
S= Selamanya


Walaupun perkataan itu x berapa best.. tp aku jer yang mengerti apakah perasaan ku sekarang untuk sidia…:) Kasih sayang umpama air mengalir sentiasa. Itulah hakikatnya kasih sayang yang subur dihati ku.. Kasih sayang bak bunga ditaman, harus dijaga dan dibaja.. Pastikan ia subur sentiasa agar harumannya dapat dirasai... 


SELAMAT TAHUN BARU 2012...

CinTA SeOranG lELakI UntUk KeKAsiHnYa...

Seorang lelaki yang betul2 mencintai kekasihnya dengan ikhlas. Ego lelaki yang dahulunya tinggi melangit akan menjadi lembut seperti kapas secara tiba2. Bahkan lelaki yang mabuk cinta akan sanggup berkorban dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras mana ego lelaki, namun ia mampu mengalirkan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah seorang wanita mengerti apakah maksud titisan air mata dari lelaki…
Kaum lelaki juga akan sentiasa melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh untuk kekasihnya dengan rela hati untuk memenangi hati kekasihnya. Kaum lelaki yang mendampingi diri wanita bukan untuk suka-suka tetapi atas dasar cinta sebenar terhadap kekasihnya..
Cemburu juga merupakan sikap seorang lelaki terhadap insan yang dicintainya. Cemburu bermakna bagi seorang lelaki kerana ia terlalu menyayangi kekasihnya.. ia bukan bermaksud ingin mengongkong kebebasan kekasihnya tetapi lelaki tersebut ingin mengambil berat setiap perkara yang dilakukan oleh kekasihnya..
Jika hati lelaki sudah menyayangi kekasihnya, macam-macam perkara yang akan difikirkan oleh lelaki termasuklah bimbang akan kehilangan diri wanita yang dicintai. Begitu juga dengan seorang lelaki yang selalu memikirkan dan risaukan kesudahan hubungannya. Lelaki akan berfikir sentiasa untuk menyelamatkan hubungannya dari berakhir begitu sahaja dan berharap hubungannya berakhir ke jinjang pelamin..
Seseorang wanita pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakinya marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau, itu bukan bermakna lelaki ingin mengongkong perjalanan hidup wanita yang dicintainya, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..
Apabila seorang wanita menghadapi masalah dan orang pertama yang datang membantunya adalah teman lelakinya. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Lelaki akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah.
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa. Tiba-tiba lelaki tersebut akan menjadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya lelaki tersebut langsung tidak boleh berjauhan dari kekasihnya dan wanita tersebut tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.
Pengorbanan paling besar untuk menjelaskan lagi betapa lelaki tersebut menyayangi diri kekasihnya apabila lelaki tersebut lebih mementingkan diri kekasihnya berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk kekasihnya. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya….


TeLAh KU teMui CIntA kU...

Kasih hanya untuk mu...

Tarikh yang akan aku ingat sampai bila2 ialah pada 26.10.20**.. Tarikh nilah yang telah menyatukan aku dengan dia.. Sekarang aku serius syg sgt2 kat dia... Aku kenal dia pun sekadar nk tlg dia biasalahkan sebagai senior menolong junior... Sebab mak aku cakap, berbuat baiklah pada org tnpa mengharapkan balasan.. Sejak pertemuan pertama kali itulah aku dapat mengenalinya dengan lebih dekat..Mungkin Tuhan sengaja merancang pertemuan ini untuk aku mengenali dia dengan lebih dekat..(Mudah-mudahan Allah kekalkan hubungan ini.. Amin).. 

oUtINg at BotA KaNAn, PeRAk....

At sawah padi..

Joy Chalate..


Bersama keluarga angkat....

ni pengarah program..


PeRCAyA pADAku...


Aku tak tahu apa yang kurasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Melihat dirimu

Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
 Jantungku berdegup tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu


Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku akan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku


Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku aku akan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku untuk selalu menatimu
Untuk katakan aku ingin dirimu

Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku



Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku aku cinta padamu


TugAS PEremPUAn Or Tugas LElaki.....



             Ni bukti yg sahih lagi nyata.. tgok sendirilah.. perempuan banyak duduk sajer.. aku lak ambil alih tugas perempuan jadi tukang dapur.... Btul ker perempuan kalau kat dapur mesti bnyak cakap dari banyak buat kerja????Rasa2 banyk mulut dr kerja kn..hahaha (just joking)..


            Perempuan kat luar sana jgnlah bnyak cakap dari buat kerja.. nanti x siaplah maskan kamu.. sepatutnya blh mkn mlm ni, di tunda lak mkn mlm esok. Pastikan kerja siap dahulu. Pastu kalau nak berbual, silakan berbual sampai pagi pun..hahaha..


           Org laki kalau nk pilih isteri, pilihlah yg x cakap bnyak tapi rajin masak kat dapur.. Org perempuan lak kalau nk cari suami, carilah org mcm aku..hahaahah

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara'


'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara' tema hari guru 2011.. Esok aku akan nyanyi lagu ni depan pelajar-pelajar bersama-sama guru-guru yg lain. Dulu aku tgok jer guru nyanyi.. sekarang aku lak yang kena nyanyi kat depan pelajar-pelajar...hahaha :)

Malam ni aku kena berlatih nyanyi, kalau x malu aku depan pelajar-pelajar esok.. Permainan yg disajikan kepada guru esok ialah bola sepak, sukaneka, batu seremban (mcm permainan tradisional lah) n congkak..hehehe

Jadi disini aku nk ucapkan selamat hari guru kepada setiap insan yg mmberi ilmu walaupun ilmu itu hanya sebesar hama..Jadi kita patut hormati mereka... Tanpa mereka tanpalah aku sekarang..hehehe...Ok, selamat hari guru kpd semua guru2 trutamanya guru2 yg prnah mngajar aku hgga saat ini...xkira la guru sekolah ker, guru sandaran ker, pnsyarah2 yg dsayangi n semunyalah....slmt hari guru jgk kpd bkl2 guru sekalian...:)

Macam Tak Cayer Aje...

Inilah Sekolah Tempat Aku Praktikal...

Aku bangun awal untuk ke sekolah. Biasalahkan, hari pertama semangatlah sikit. Nak pergi sekolah tu bukan main melawa lagi. Pakaian tak payah cakaplah, sentiasa bersih dan kemas. semangat nk ke sekolah tu ada, aku bangun pukul 6.00 pagi. lepas siap solat subuh n sarapan, aku terus bertolak ke sekolah dalam pukul 7.00 pagi. tu pun sbb sekolah aku x jauh dari rumah sewa aku. Tapi kawan serumah aku yang lain 6.45 pagi dh bertolak.

Nak dipendekkan cerita, aku sampai ke sekolah tu dalam pukul 7.10 pagi. Pelajar sekolah pun x ada lagi, yang ada jaga dan tukan kebun. Cikgu pun hanya 2 @ 3 org jer yg ada. Tp yg paling aku x sangka, aku g sekolah bukan bergelar sebagai pelajar tetapi bergelar sebagai guru. Mcm x cayer aje..hahaaha..

Mcm biasalah, aku masuk pejabat n tunggu pengetua utk lapor diri. Hari pertama tu aku telah ditugaskan utk menjaga pelajar exam. Pelajar sama batch aku ni beruntung praktikal masuk bulan 5 sbb tugas x banyak. Kami hanya jaga pelajar exam jer.. Nanti lepas cuti sekolah baru kami akan mulakan pengajaran..hehehe

Maaf...

wah.. sudah begitu lama aku meninggalkan blog ini...aku bukan apa.. aku sebenarnya x tahu nak tulis apa kat dalam blog.. tgok blok org nampak menarik.. tp bila cuba nak buat x pandai.. nilah masalah aku.. time free x nak blajar mcm mn buat blog... tp bila terfikir kalau tiada blog mcm ketinggalan zaman lak.. sbb kawan aku semua ada blog.. aku mengisi blog ini pun skadar mengikut arus pembagunan..hahaha.. (kalau x reti buat cara x reti).........