Blogger Layouts

Kita dan Alasan


Berapa antara kita yang pernah memikirkan…

1. ingin sambung belajar di peringkat Master dan PhD?
2. ingin memiliki rumah sendiri sebelum umur 35 tahun?
3. ingin mengurangkan berat badan?
4. mulai hari ini tidak ingin lambat ke kerja?
5. ingin meluangkan masa 1 jam sehari bersama anak-anak?

Dan kemudiannya semua hasrat ditangguhkan oleh alasan seperti…
1. Saya dah terlalu tua untuk itu…
2. Saya terlalu letih…
3. Saya malas…
4. Saya terlalu sibuk…
5. Saya susah itu dan ini…
6. Benda itu terlalu susah…

Ingatlah manusia boleh mencari seribu satu alasan untuk TIDAK MELAKUKAN SESUATU… susah, tak mungkin, tak berdaya, mak tak suka, teman tak suka, duit tak cukup… dan banyak antara kita yg sanggup menghabiskan masa utk mencari seribu satu alasan ini.

Walhal, utk melakukan sesuatu, kita tidak perlu seribu alasan, kita hanya memerlukan satu alasan yang baik utk melakukannya.

Mengapa kita tidak fokus mencari alasan yg satu itu, daripada menghabiskan masa mencari seribu satu alasan utk tidak melakukan sesuatu?

Dalam kehidupan ini, prinsipnya mudah, jika betul kita ingin sesuatu, hanya dgn satu alasan, kita akan mencari jalan.

Ingatlah tiada benda yg berharga dtg secara tanpa pergelutan dan pengorbanan. Setiap kejayaan dan kegagalan ada cerita di belakangnya – dan antara kejayaan dan kegagalan, pemisahnya ialah sikap manusia – satu mencari seribu satu alasan utk tidak berbuat sesuatu dan satu mencari alasan yg satu utk berbuat sesuatu hajat yg ingin dicapai…

Inginku Miliki Dirimu..

Terlalu lama ku pendam
Semua rasa ini padamu
Kini ku sudah tak tahan
Ku ingin kau tau semua..
Aku lebih dulu mencintaimu
Aku lebih dulu mengenalmu
Bukannya dia..
Cinta itu harus diungkapkan
Cinta itu harus memiliki
Tak kan kulepaskan dirimu
Memang tinggi egoku
Namun.. ingin ku miliki dirimu..
Demi cinta yang telah lama ku pendam
Demi mengganti semua pengorbanan
Yang telah ku lakukan untukmu
Kau harus jadi milikku.

TELADANI SIFAT RASULULLAH

Kalau ada pakaian yg koyak, Baginda menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina ‘Aisyah menceritakan: ”Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang.”

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada karena Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya,
“Belum ada sarapan ya Khumaira?” (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang berarti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)

Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.” Rasulullah lantas berkata,
”Kalau begitu aku puasa saja hari ini.” tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Pernah baginda bersabda, “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.”

YA Allah.. Sifatkanlah aku dengan kesucian sifat Baginda:(

Cinta Ku Hanya Untuk Mu....

KaSiH CinTA kU uNTuK mU..

saban hari aku selalu teringatkan diri mu.. Hati sering gundah gulana bila diri mu jika diri mu tiada disamping ku... Bagaimanalah keadaan diri ku nanti bila berjauhan dgn diri mu... Aku akan meninggalkan U ni x lama lagi.. Tp aku tidak akan meninggalkan mu... Diri mu selalu dihati ku.. Kenangan kita selama perkenalan kita akan aku abadikan dalam hidup ini.. Aku bertekad di dalam diri ini untuk mencintai mu dan menyayangi diri mu.. Bab kata diri mu.. Sayang kemah keming... 

Coretan ini untuk diri mu yang tersayang..

Nur Hasilah..

Saya sayang awak sangat2...

(Nanti aku akan dedahkan jua siapakah sebenar Nur Hasilah di dalam hati ku)

Tungguuuuuuuu.......

eRti "S" DalAm HiDuP kU...

Sejarah tercipta dalam hidupku pada tahun baru dimana destinasi cinta yang ku cari telah kutemui.. 1.1.2012 akan ku abadikan dalam diri ini dan akan aku dambarkan kenangan tersebut.. 
Akan aku semai huruf ”S” dalam diri ku untuk tahun baru ini.... Knp aku mesti memilih huruf “S”??? Kalau nak tahu, aku dan dia pakai baju berhuruf “S” untuk SUPERMAN..hehehe.. Kalau difikirkan “S” ni untuk apa ek.. Bila fikir balik barulah idea n nurkilan yang x seberapa tercipta untuk huruf “S”.. Bagi akulah huruf “S” ni adalah untuk perkataan:


Nilah bajunyer..:)


S=Saya
S= Sayang &
S= Setia untuk
S= Sidia
S= Selamanya


Walaupun perkataan itu x berapa best.. tp aku jer yang mengerti apakah perasaan ku sekarang untuk sidia…:) Kasih sayang umpama air mengalir sentiasa. Itulah hakikatnya kasih sayang yang subur dihati ku.. Kasih sayang bak bunga ditaman, harus dijaga dan dibaja.. Pastikan ia subur sentiasa agar harumannya dapat dirasai... 


SELAMAT TAHUN BARU 2012...

CinTA SeOranG lELakI UntUk KeKAsiHnYa...

Seorang lelaki yang betul2 mencintai kekasihnya dengan ikhlas. Ego lelaki yang dahulunya tinggi melangit akan menjadi lembut seperti kapas secara tiba2. Bahkan lelaki yang mabuk cinta akan sanggup berkorban dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras mana ego lelaki, namun ia mampu mengalirkan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah seorang wanita mengerti apakah maksud titisan air mata dari lelaki…
Kaum lelaki juga akan sentiasa melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh untuk kekasihnya dengan rela hati untuk memenangi hati kekasihnya. Kaum lelaki yang mendampingi diri wanita bukan untuk suka-suka tetapi atas dasar cinta sebenar terhadap kekasihnya..
Cemburu juga merupakan sikap seorang lelaki terhadap insan yang dicintainya. Cemburu bermakna bagi seorang lelaki kerana ia terlalu menyayangi kekasihnya.. ia bukan bermaksud ingin mengongkong kebebasan kekasihnya tetapi lelaki tersebut ingin mengambil berat setiap perkara yang dilakukan oleh kekasihnya..
Jika hati lelaki sudah menyayangi kekasihnya, macam-macam perkara yang akan difikirkan oleh lelaki termasuklah bimbang akan kehilangan diri wanita yang dicintai. Begitu juga dengan seorang lelaki yang selalu memikirkan dan risaukan kesudahan hubungannya. Lelaki akan berfikir sentiasa untuk menyelamatkan hubungannya dari berakhir begitu sahaja dan berharap hubungannya berakhir ke jinjang pelamin..
Seseorang wanita pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakinya marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau, itu bukan bermakna lelaki ingin mengongkong perjalanan hidup wanita yang dicintainya, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..
Apabila seorang wanita menghadapi masalah dan orang pertama yang datang membantunya adalah teman lelakinya. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Lelaki akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah.
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa. Tiba-tiba lelaki tersebut akan menjadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya lelaki tersebut langsung tidak boleh berjauhan dari kekasihnya dan wanita tersebut tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.
Pengorbanan paling besar untuk menjelaskan lagi betapa lelaki tersebut menyayangi diri kekasihnya apabila lelaki tersebut lebih mementingkan diri kekasihnya berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk kekasihnya. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya….